TKM pulang ke Kampung Halaman, ziarah pusara bapa

Oleh: Jaafar Abdul Wahid.

SANDAKAN: Seperti kelazimannya saban tahun apabila bulan Ramadan tiba, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin akan meluangkan masanya untuk ziarah ke kampung kelahiranya di Kampung Bilit Kinabatangan.

Bagaimanapun, susulan penularan Pandemik COVID-19 dua tahun lepas, beliau tidak berpeluang balik ke kampung halaman dan tahun ini apabila negara memasuki peralihan ke era endemik peluang yang ada digunakan sebaiknya untuk melaksanakan program ziarah ini.

Ziarah bukan sekadar bertemu saudara-mara dan penduduk kampung namun kesempatan yang ada digunakan untuk ziarah makam allahyarhaman ayahnada beliau Haji Radin Haji Yatim yang dikebumikan di sini.

“Alhamdulillah tahun ini apabila peralihan ke era endemik saya berpeluang balik ke kampung halaman dimana dua tahun lepas saya tidak berpeluang balik ke kampung halaman ziarah saudara mara dan rakyat di sini kerana penularan pandemik COVID-19,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Selain berbuka puasa, solat maghrib dan isyak Bung yang jug Menteri Kerja Raya turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan kanak-kanak dikampung tersebut.

Sebelum bertolak ke Kinabatangan, Bung bersama rombongan sempat singgah membeli juadah berbuka dan beramah mesra dengan peniaga di bazar ramadhan di Pekan Kota Kinabatangan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles