SUDC Main Peranan Perkukuhkan Silatulrahim Sempena Ramadan

Oleh: Jaw

Advertisements

TENOM : Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd (SUDC) akan terus memainkan peranan dalam menyemarakkan semangat kebersamaan dan memperatkan silatulrahim selari dengan konsep ” Keluarga Malaysia” melalui program Ihya Ramadan.

Pengerusinya Jamawi Jaafar berkata program ihya ramadan dan agihan bantuan Ramadan melaui program tanggungjawab sosial syrikat itu akan memberi fokus kepada golongan miskin, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan komuniti B40 dalam serta luar bandar.

“Ini adalah usaha berterusan yang dilaksanakan SDUC sempena menyambut kehadiran Ramadan. Bulan yang penuh kemuliaan dan menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda walaupun rakyat di seluruh dunia diduga dengan pandemik COVID-19,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Jelajah Ramadahan SUDC di masjid Ar Rahman kampung Jawa Sumbiling dekat sini pada Jumaat.

Program yang dibiayai oleh SUDC itu turut dihadiri oleh Ketua pegawai eksekutifnya Afizal Alidin dimana selain program berbuka puasa bersama masyarakat setempat pihak SUDC juga menyampaikan beberapa bantuan kepada masjid, madarasah Tahfiz ,Belia dan NGO daerah Tenom.

Menurut Jamawi yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom, selepas negara dilanda pandemik COVID-19 kebanyakan rakyat terjejas punca pendapatan mereka seharian dan ini memberikan kesan yang mendalam justeru penyertaan Syarikat berkaitan kerajaan, badan-badan NGO dan Sektor swsata melalui program tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat ketika ini terutama di bulan Ramdahan amat bermakna bagi membantu meringankan beban yang mereka tanggung.

Dalam masa yang sama, Jamawi turut menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri Dato Sri Ismail Yaakob yang meluluskan kebenaran bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kebenaran khas untuk mengluarkan caruman mereka sebanyak RM10,000,00

“Kebenaran ini sudah tentu melegakan rakyat khususnya pencarum memandangkan ekonomi negara belum stabil justeru mereka yang layak sudah tentu dapat memanafaatkan pengeluaran ini untuk perkara perkara penting seperti pendidikan anak-anak serta keperluan lain yang lebih mendesak untuk mereka meneruskan penghidupan,” tambah Jamawi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles