Aliff Syukri perlu hormati kepelbagaian kaum, budaya KDM – Jordan Jude

KOTA KINABALU: Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah kesal dengan kenyataan ahli perniagaan terkenal Malaysia Datuk Seri Aliff Syukri yang dilihat boleh mengguris hati kaum lain di negara ini.

Advertisements

Naib Exco Wiramuda STAR Jordan Jude Ellron berkata beliau (Aliff) tidak seharusnya sibuk mengejar populariti dengan membuat pelbagai kenyataan tanpa mengambil kira sensitiviti suatu kaum.

Menurut Jordan, usahawan terkenal itu perlu sekurang-kurangnya membuat kajian atau mendapatkan nasihat pakar yang berkaitan kebudayaan sesebuah etnik sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.

“STAR sedia maklum bahawa beliau (Aliff Syukri) telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Tarian Kadazan, orang pakai seluar dalam’ dalam satu sesi temubual yang tular di media sosial sejak kelmarin telah mengundang kecaman orang ramai khususnya di Sabah.

“Sepatutnya perkara ini tidak berlaku jika beliau ada membuat kajian mengenai kebudayaan termasuk pakaian tradisi kaum yang ada di Malaysia…sebab itu, adalah penting sentiasa menjaga sensitiviti suatu kaum sebelum mengeluarkan kenyataan demi menjaga keharmonian kaum,” katanya kepada Jesselton Times hari ini.

Jordan menegaskan bahawa pakaian tradisi Kadazan Dusun, yang diamalkan secara turun-temurun sejak sekian lama dan diwarisi oleh nenek moyang, mempunyai maksud dan entiti tersendiri serta ianya bukan semata-mata bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Beberapa hari lalu, Aliff Syukri dalam satu temubual bersama sebuah agensi berita menyatakan tarian adalah sebuah ‘art’ iaitu seni.

Beliau turut memberi contoh ‘tarian Kadazan orang memakai seluar dalam’ telah mencetus kecaman orang ramai khususnya di Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles