Oleh: Jaafar Abd Wahid
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin memuji usaha yang dilakukan oleh Stesen penyiaran negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) khususnya di Sabah yang bukan sahaja dapat merakyatkan rakyat melalui informasi yang cepat dan tepat tapi melangkah jauh merakyatkan perkhidamatanya melalui tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.
Katanya pendekatan turun padang yang dilakasanakan oleh RTM ini sudah tentu selari dengan tuntutan semasa dan merubah presepsi masyarakat yang RTM bukan hanya semata-mata sebagai badan penyiar yang memberikan maklumat dan hiburan tapi lebih jauh dari itu turut merasi denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi.
“Apabila RTM turun padang melalui pelbagai programnya sudah tentu rakyat lebih merasi kewujudanya” katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Ramadan Sedekad RTM di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Kepayan kemarin.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Kerja Raya Hassan Mahali yang mewakili beliau.
Beliau berkata RTM tidak seharusnya hanya menjadi tontonan di bilik tidur, atau di bilik tamu, sebaliknya perlu turun ke bawah bagi memastikan RTM terus menjadi juara dalam dunia penyiaran negara.
Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya program Jelajah Ramadhan ini adalah sesuatu yang positif dan wajar diteruskan bukan sahaja di bulan Ramadahn malah diperbanyakkan di masa yang lain ini kerana bantuan bantuan yang disampaikan akan dapat mengurangkan beban mereka yang kurang berkemampuan selain mengwujudkan rasa kasih sayang dalam konsep ” Keluarga Malaysia”
“Pendekatan seperti ini juga membantu kerajaan dalam menyampaikan segala dasar-dasar dan hala tuju negeri demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Ini kerana, RTM merupakan entiti yang mempunyai kredibiliti dan merupakan organisasi yang mendapat kepercayaan rakyat secara keseluruhan menerusi penyiaran berita-berita serta program-program yang berkualiti, matang dan mempunyai kebolehpercayaan tinggi,” katanya.
Selain itu tambah Bung program seupamma itu juga dapat menyatu padukan masyakat yang terdiri dari pelbagai kaum,agama dan budaya di negeri ini
Hadir sama di majlis tersebut Pengarah Bahagian Radio Nor’ain Haji Bakir, Pengarah Penyiaran Sabah Zulkefli Mohd dan Pengarah Penerangan Sabah Nadzerah Abdullah.