Jamawi Turun Padang Santuni Golongan Asnaf

TENOM: Meskipun tidak bergelar sebagai Ahli Yang Berhormat bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia yang dikenali sebagai seorang pemimpin yang cakna dan mesra rakyat Jamawi Jaafar kemarin turut melakukan ziarah ke beberapa buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri Melalap.

Advertisements

Antara kampung-kampung yang beliau bersama isteri lawati ialah kampung Mantailang Ulu, Naluyan ,Batu 90, Tuan dan kampung Langsat.

Fokas utama lawatan ini ialah melawat penduduk yang mengalami keuzuran dan kurang sihat.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi SUDC ketiadaan jawatan dalam politik bukanlah kakangan untuk beliau meneruskan kerja-kerja amal khususnya di kawasan Melalap dan Kemabong.

” Kita faham dan simpati dengan keadaan beberapa penduduk yang ditimpa musibah dan sakit apatah lagi ketika kita sedang menjalani ibadah puasa dan bakal meraikan hari raya aidilfitri ,kunjungan ini disamping mengeratkan silatulrahim sedikit sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban yang mereka hadapi” katanya ketika ditemui selepas program ziarah ini.

Menurut bekas calon Barisan Nasional DUN Melalap ini program ziarah beliau memang menjadi kelaziman beliau lakukan bukan sahaja semasa sambutan perayaan tertentu namun ketika mendengar khabar berita seperti kematian jika kebetulan beliau berkelapangan akan turut melakukan ziarah.

Turut serta dalam program ziarah tersebut Pengawai Pembangunan Masyarakat Melalap Denesly Justin Ketua Penerangan Umno bahagian Tenom Patrik Gantiu dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Nalyuan Ranjit.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles