Oleh: Jaafar Abd Wahid
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) menyambut baik kenaikan pemberian khas kepada kerajaan negeri dibawah perakara 112D perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau setelah 53 tahun perkara ini tidak pernah disemak pengumuman Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan media bersama Ketua Menteri hari yang mengumukan kadar kenaikan pemberian khas sebanyak 4.7 ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi tahun ini merupakan khabar gembira untuk rakyat Sabah.
“Sudah tentu kita menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan pusat dimana melalui kenaikan ini lebih banyak program program pembangunan dapat dilaksanakan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas kenaikan kadar pemberian khas tersebut.
Bagaimana pun Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya berharap sistem penyampaian kepada kadar kenaikan pemberian khas ini perlu dibuat secara sistem metik dan berkesan bagi mempastikan dana yang disediakan dapat dimanafaatkan sepenuhnya untuk tujuan pembangunan di negeri ini.
“Kenaikan pemberian khas ini tidak akan bermakna sekiranya sistem penyampaian kita masih dtakok lama, sebarang keputusan atau tindakan memakan masa yang lama menyebabkan program program pembangunan yang dirancang terbantut,” katanya.
Sehubungan dengan itu Ahli Parlimen Kinabatangan itu mengulangi sarananya agar Sabah diberikan kuasa atunomi untuk mengurus dana tersebut untuk tujuan pembangunan di negeri ini
“Serahkan terus dana khas kepada kerajaan negeri, biar kami mengurusnya untuk tujuan pembangunan ini kerana penduduk tempatan lebih tahu akan keperluanya,” katanya.
Menurut Bung jika sistem lama masih gunakan kerajaan pusat yang menguruskanya dan dana khas diberikan beperingjat-peringkat , hasrat untuk memacu proses pembangunan berjalan lancar di negeri ini tidak akan tercapai dan ini sekali gus tidak akan dapat mengeluarkan Sabah sebagai antara negeri yang termiskin.