Sukan Ejen Perpaduan Jayakan Konsep Keluarga Malaysia – Jamawi

474

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KEMABONG: Sukan bukan sahaja untuk dilihat dan nikmati, tetapi jauh lebih besar kerana sukan adalah ejen perpaduan yang akan menyatukan masyarakat selaras dengan konsep “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob

Pengerusi JJ Fiitball Club Jamawi Jaafar berkata, sukan perlu dimartabatkan oleh semua pihak sekali gus merapatkan hubungan sesama kaum dan dapat menghapuskan tembok politik perkauman dan agama.

“Sukan bukan sahaja sekadar aktiviti riadah , tetapi jauh lebih besar sukan adalah ejen perpaduan yang akan menyatukan padulam rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan kejohanan Bola Sepak Piala JJ di padang Skim Kuala Tomani Kemabong baru-baru ini.

Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong ini melalui kegitanan sukan ianya menjadi wadah yang dapat mengintegrasikan masyarakat khususnya di daerah ini.

“Apabila bersukan atau beriadah, tiada siapa pun yang akan memikirkan mengenai politik atau warna kulit, sebaliknya mereka hanya memikirkan cara terbaik untuk bermain dalam satu kumpulan,” katanya.

Mengenai Kejohanan tersebut Jamawi berkata. Program sukan seperti kejohanan sukan perlu diteruskan kerana ini merupakan kunci utama untuk memenangi hati masyarakat,. dimana kegiatan sukan juga merupakan platform penting dalam menggalakkan penyertaan belia dalam kemasyarakatan

Tambah beliau lagi, generasi muda dan belia digesa supaya berusaha mengelak diri daripada terlibat dengan sebarang gejala tidak sihat kerana tiada sebarang kebaikan yang bakal mereka perolehi, tetapi apa yang nyata ialah mereka menghancurkan masa depan diri dan memusnahkan harapan bangsa dan negara.

Sambil melahirkan harapan kejohanan tersebut dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan Bola Sepak Jamawi berkata bakat yang ada perlu digilap dan ditonjolkan ke peringkat yang lebih jauh bukan sahaja bermain di peringkat kampung malah perlu diketengahkan hingga ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

“Kita berharap melalui kejohanan ini kita dapat melihat dan menilai bakat-bakat pemain muda untuk di bimbing dan diketengahkan ke peringkat yang lebih jauh yang mana mereka bukan sahaja bermain untuk daerah malah jika bakat mereka menyerlah boleh diketengahkan ke peringkat negeri seterusnya kebangsaan,” jelas Jamawi.