Pekan Tengilan dilanda banjir kilat

TENGHILAN: Pekan Tenghilan dan sekitarnya dinaiki banjir bermula subuh hari ini akibat hujan berterusan sejak kelmarin.

Advertisements

Keadaan banjir menyebabkan pergerakan penduduk untuk membeli barang keperluan, pergi bekerja, dan ke gereja terbatas.

Sekitar jam 8 pagi tadi, air dilihat semakin naik disebabkan keadaan air pasang yang dijangka sehingga jam 3 petang nanti.

Antara yang dinaiki air ialah kedai pekan Tenghilan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Tenghilan, Tabika Kemas Tenghilan, Tamu Tenghilan, Pdang Pekan Tenghilan, Sekolah Rendah Adventist (SRA) Tenghilan serta beberapa kawasan lain termasuklah rumah penduduk.
Manakala turut dinaiki air adalah rumah berhampiran kawasan sungai di Kampung Paruh, Kampung Tinuhan dan Kampung Bunga.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, berkata, beliau telah memaklumkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan-kawasan berisiko banjir dan tanah runtuh untuk bersedia menerima sebarang aduan penduduk dan melaporkannya kepada pihak berwajib.

“Saya telah berhubung dengan Pegawai Daerah Tuaran tadi untuk mengaktifkan semula gerakan banjir,”.

Beliau berharap semua pemimpin JPKK agar sentiasa bersiap sedia dengan apa-apa yang diperlukan oleh pihak urusetia Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.

“Mereka mungkin akan menghubungi dari semasa ke semasa, jadi sentiasa bersedia membantu,” katanya sambil mengharapkan agar keadaan banjr segera surut.

Sehingga berita ini ditulis, paras air di sekitar jalan berhampiran Padang Pekan Tenghilan mencecah lutut dan belum ada tanda-tanda untuk surut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles