KBSS sedia jadi Rakan Strategik Bantu KWSP Promosi Program I – Saraan

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah sedia menjadi Rakan Strategik kepada Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) cawangan Sabah bagi menjayakan program I – Saraan yang lebih dikenali sebagai caruman sukarela.

Advertisements

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, kementeriannya menyambut baik cadangan yang diusulkan oleh KWSP Sabah untuk menjadi salah satu rakan strategik.

“Kementerian saya amat mengalu-alukan usaha ini memandangkan ianya amat bermanfaat khususnya untuk para atlit sukan dan kaum belia, ” katanya.

Ellron berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada rombongan KWSP Sabah yang diketuai Ketua Cawangan KWSP Sabah Sabarudin @Sabree Bin Hassan di sini hari ini.

Beliau berkata usaha itu merupakan satu langkah baik bagi menjamin masa depan golongan atlit sukan terutama mereka sudah bersara.

“Saya menyokong penuh usaha ini kerana melihat kolaborasi ini juga merupakan satu peluang untuk kita ketengahkan I- Saraan kepada atlit-atlit sukan, memandangkan ada dalam kalangan yang sudah bersara tidak mempunyai simpanan masa depan yang tetap bagi menjamin hidup mereka,” tambah Ellron.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Ellron berkata kementeriannya akan mewujudkan satu jawatankuasa di peringkat kementerian serta akan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan wakil persatuan-persatuan sukan di negeri Sabah untuk membincangkan keperluan caruman itu kepada para atlit sukan.

I-Saraan yang merupakan satu program dibawah KWSP yang dilancarkan pada tahun 2018 itu adalah satu inisiatif bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig untuk menerima khas melalui caruman sukarela bagi tujuan persaraan.

“Melalui I-Saraan, ahli akan mendapat dividen tahunan sehingga 15% setahun atau sehingga jumlah maksimum RM250 setahun. Selain itu mereka turut diberikan insentif khas serta pelepasan cukai dan bantuan kematian,” kata Encik Sabarudin.

Beliau turut menambah amaun caruman sukarela sehingga maksimum RM60000 setahun dan para ahli boleh mencarum pada bila-bila masa.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles