Menteri MAFI Adakan Kunjung Hormat Ke atas KM Sarawak

KUCHING: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Tan Sri Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapak Malaysia di sini, pada Khamis.

Advertisements

Kunjung hormat ini turut disertai oleh, Timbalan Menteri MAFI Datuk Seri Ahmad Hamzah, Pengerusi Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) merangkap Datuk Seri
Rohani Karim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI Datuk Badrul Hisham Mohd, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Datuk Dr Mohammad Zabawi dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Mohd Mohtar Mahamud.

Turut hadir Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan
Wilayah Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan
Pembangunan Wilayah Sarawak Maclaine Ben @ Martin Ben dan Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datu Edwin Abit.

MAFI menerusi satu kenyataan menyatakan perbincangan menjurus kepada pelbagai bentuk kerjasama bagi terus memodenkan sektor pertanian di Sarawak sekaligus memajukan sektor agromakanan negara secara keseluruhannya.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkongsi aspirasi yang sama serta komited untuk terus bekerjasama untuk menggalakkan penggunaan teknologi dalam aktiviti pertanian bagi meningkatkan hasil pengeluaran sekali gus memastikan jaminan bekalan dan sekuriti makanan ngara.

Ia kerana teknologi merupakan antara langkah penyelesaian bagi menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh sektor agromakanan di peringkat domestik mahupun global.

Pada masa yang sama, MAFI juga akan memberi perhatian terhadap permohonan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan untuk terus membantu memperkasakan infrastruktur pertanian di Sarawak, khususnya agromakanan, bagi menarik lebih banyak pelaburan swasta
mengusahakan tanah yang luas bagi meningkatkan lagi pengeluaran berskala besar produk agromakanan.

Ronald dalam lawatan kerja
rasmi selama tiga hari bermula hari ini.

Lawatan sulung Ronald ini akan turut menyaksikan beberapa lawatan dan tinjauan ke projek pertanian dibawah seliaan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta agensi lain yang berkaitan.

Terdahulu, YB Menteri MAFI telah melawat MARDI Kuching yang memainkan peranan penting dalam menjalankan penyelidikan pertanian dan makanan yang telah dikenalpasti sesuai dan
mempunyai kepentingan bagi negeri Sarawak selain memindahkan teknologi-teknologi industri
makanan yang terhasil dari pusat-pusat penyelidikan ke negeri Sarawak.

Pada hari ini juga, Ronald telah mengadakan sesi Libat Urus bersama pemain industri merentasi semua subsektor agromakanan di Sarawak bagi mendapatkan input, pandangan dan cadangan untuk terus perkukuh industri ini secara mampan.

Sesi sebegini diadakan secara bersiri dan berterusan di peringkat negeri-negeri untuk terus memperkukuhkan agenda Sekuriti Makanan Negara.

Dr Ronald juga telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan jabatan agensi di bawah MAFI disini termasuk MARDI, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Jabatan Pertanian serta Agrobank bagi mendapatkan taklimat berkenaan kemajuan pelaksanaan projek, program dan inisiatif MAFI di Sarawak.

Untuk rekod, Kerajaan melalui MAFI telah memperuntukkan lebih RM150 juta kepada Negeri Sarawak melalui Jabatan dan Agensi MAFI untuk melaksanakan pelbagai projek, program dan inisiatif merentasi semua subsektor termasuk padi dan beras, perikanan, tanaman dan ternakan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles