KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Dewan Perniagaan Cina Malaysia -Jawatankuasa Usahawan Muda (MCCC-YEC) Cawangan Sabah (Malaysia Chinese Chamber of Commerce – Young Entrepreneurs Committee (MCCC-YEC) Sabah Branch) di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.
MCCC-YEC Sabah diketuai oleh pengerusi baharunya, Ar.James Wong Kein Peng. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi, Shawn Tan, Naib Pengerusi, Wong Oi Yee dan Lim Eng Ming, Bendahari, Terrance Sak Yaw San, Setiausaha Agung, Yee Tsai Yiew dan ahli jawatankuasa lain.
Hajiji berharap golongan professional termasuk usahawan muda dapat bersama-sama membantu Kerajaan Negeri GRS-BN menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
“Sokongan dan penglibatan usahawan muda dan professional amat penting dan dialu- alukan dalam membantu usaha kerajaan membangunkan negeri Sabah”.
“Golongan muda perlu terlibat secara langsung dalam merealisasikan Hala Tuju SMJ kerana SMJ adalah untuk rakyat dan Negeri”, katanya.
James dan jawatankuasanya juga menzahirkan sokongan kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri diatas usaha gigih dan komitmen menjayakan Hala Tuju SMJ dan membangun negeri Sabah.
James dipilih menerajui MCCC-YES Cawangan Sabah dalam pemilihan baru-baru ini menggantikan Datuk Dexter Lau yang dilantik sebagai mentor/penasihat.
James Wong Kein Peng, merupakan anak kepada Ar. Francis Wong yang mempunyai sejarah perkhidmatan awam yang panjang dengan MPKK dan DBKK sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Ketua Menteri terima kunjungan hormat MCCC-YEC Cawangan Sabah
Advertisements