STAR Kapayan seru program bantuan dana di rumah ibadat diteruskan

PENAMPANG: Kerajaan negeri diseru supaya meneruskan program bantuan dana kepada semua rumah ibadat termasuk kuil dan tokong seperti yang pernah dilaksanakan dalam kerajaan terdahulu.

Advertisements

Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Kapayan, Jafery Jomion berkata, pihaknya menerima maklumat yang mendakwa bahawa Tokong Kuan Loon Tien, di sini, tidak menerima sebarang bantuan dari kerajaan sejak lebih dua tahun lalu.

“Pihak pengurusan tokong mendakwa mereka sudah tidak menerima dana peruntukan daripada kerajaan yang sebelum ini sebanyak RM20,000 disalurkan ke dalam akaun persatuan tokong berkenaan.

“Jadi saya mengharapkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak terlepas pandang apa saja jenis bantuan membabitkan rumah ibadat terutama di kawasan Kapayan ini walaupun wakil rakyatnya adalah dari DAP,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, bercakap mengenai sokongan pengundi di kawasan berkenaan, beliau yang juga Penasihat Kehormat tokong berkenaan berkata, ramai pengundi kaum Cina di kawasan itu sudah sedar dengan sikap pemimpin pembangkang yang sibuk berpolitik ketika ini.

“Hari ini, ramai pengundi kaum Cina yang bijaksana sudah sedar bahawa mana pemimpin yang mengutamakan perkhidmatan untuk menjaga keharmonian agama, pendidikan dan ekonomi berbanding pembangkang yang sibuk berpolitik, menfitnah serta tidak sehaluan.

“Ini dapat dibuktikan melalui sokongan kepada DAP/Pakatan Harapan (PH) yang telah hilang melalui siri Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka, Sarawak dan Johor baru-baru ini,” katanya.

Sehubungan itu, Jafery berkata, peluang untuk menawan hati pengundi kaum Cina yang melebihi 33 peratus daripada 30,000 lebih pengundi di Kapayan dilihat positif.

“Kita ada peluang yang besar untuk GRS menang berikutan perubahan sokongan politik di peringkat nasional yang sangat ketara selepas jatuhnya kerajaan PH di Persekutuan dan kerajaan Parti Warisan (Warisan) di Sabah,” katanya.

Terdahulu, Jafery dilantik sebagai sebagai Penasihat Kehormat tokong berkenaan pada awal bulan ini sebagai tanda penghargaan sumbangan beliau dalam komuniti di Kapayan selain sebagai sokongan kaum Cina terhadapnya melalui STAR dan GRS.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles