Juliah Terima Kunjungan Hormat LKPIM Tawau

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) menerima kunjungan hormat Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Perhubungan Negeri Sabah(LKPIM) cawangan Tawau di sini, semalam.

Advertisements

Rombongan LKPIM itu diketuai oleh Pengerusi LKPIM cawangan Tawau Datuk Hamisa Samat.

Turut hadir Naib Pengerusi, Halimah Yahya dan beberapa ahli jawatankuasa LKPIM.

Antara tujuan kunjungan hormat itu ialah untuk menjemput isteri Ketua Menteri merasmikan Hari Wanita peringkat daerah Tawau pada 19 Mac ini, selain memaklumkan aktiviti yang dilaksanakan LKPIM Tawau sepanjang 2021 dan 2022.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles