PBS Melalap minta GRS jangan terburu-buru terima parti baharu

TENOM: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Melalap menyokong penuh kenyataan media Presiden parti supaya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu terburu-buru menerima parti baharu sebagai komponen gabungan tersebut.

Advertisements

Setiausaha Bahagian PBS Melalap, Simon Mamat berkata, ini kerana PBS masih ada kesangsian terhadap parti baharu yang mahu menyertai GRS.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat baharu bahagian tersebut di sini pagi tadi, yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden merangkap Ketua Bahagian Melalap, Datuk Seri Radin Malleh.

Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, dalam kenyataan medianya baru-baru ini berkata, mereka (parti baharu) mesti terlebih dahulu membuktikan keikhlasan dan komitmen, dan apabila mereka telah dapat meyakinkan semua akan keikhlasan mereka, PBS juga akan mengalu-alukan penglibatan mereka dalam GRS.    

Terdahulu, dalam ucapannya, Radin menasihatkan ahli dan penyokong PBS supaya tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah kosong pemimpin yang memperlekeh keutuhan kepimpinan PBS Bahagian Melalap seperti yang tular di media sosial kerana orang itu hanya ingin mengucar-ngacirkan kepimpinan bahagian.

Katanya, PBS sudah berusia 37 tahun maka setiap ahli harus meneruskan perjuangan yang diasaskan oleh seorang tokoh anak watan dari Tambunan iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau turut mengingatkan ketua-ketua cawangan PBS supaya menjaga disiplin dan perpaduan yang utuh dalam pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) parti yang akan diadakan pada bulan April depan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles