PRN Johor: Keluar Mengundi Di Awal Pagi, kata Bung

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

PASIR GUDANG: Menjelang pembuangan Undi esok (12 Mac ) Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin bersama jentera melakukan pacutan akhir turun padang menemui pengundi dan Penduduk di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Senibong dalam kawasan DUN Permai.

Dalam pada itu Bung yang juga Ketua Umno Sabah meminta penduduk agar keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih bagi memilih kerajaan Johor yang stabil meneruskan agenda pembangunan untuk kemajuan Johor.

“Keluarlah mengundi seawal pagi kita bimbang sebelah petang hujan dimana hujan dan ribut petir melibatkan 7 daerah Johor Baharu, Tangkak, Segamat, Muar,Pontian,Batu Pahat dan Kulai sebagaimana nasihat
dikeluarkan sendiri Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah,”katanya.

Beliau turut memaklumkan cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi di semua kawasan di negeri itu.

Tiga daerah lain iaitu Mersing, Kota Tinggi dan Kluang diramalkan mendung pada sebelah petang

“Ekoran kebimbangan kita akan berlaku hujan sebelah petang elok keluar mengundi sebelah pagi jentera BN siap sedia membantu pergerakan kita ke pusat daerah mengundi,” katanya.

Pada PRN Johor kali ini, seramai 239 calon bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri melibatkan 11 parti politik termasuk bebas.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar, layak mengundi.

Diajukan peluang BN pada PRN Johor kali ini Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno Optimis BN akan mencapai kemenangan.

“Dari sirih jelajah yang kami buat sambutan rakyat kepada BN semakin meningkat ,mereka mahu sebuah kerajaan yang stabil untuk memerintah Johor,” katanya

Related Articles

253FansLike

Latest Articles