Oleh: Jaafar Abd Wahid
SUKDAI: Golongan muda khususnya mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang buat pertama kalinya mengundi dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Johor perlu memanafaatkan peluang itu yang menyaksikan dimensi baharu dalam sistem demokrasi negara.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, ruang yang diberikan melalui Undi18 akan melihat lebih ramai golongan muda terlibat aktif dalam membuat keputusan berkenaan masa depan negara dan menjadi pemimpin baik di peringkat persekutuan mahu pun negeri.
Walaupun ada pihak yang ragu-ragu dengan kemampuan golongan muda, tetapi peluang sebegini dilihat sebagai jalan terbaik untuk negara melahirkan bakal pemimpin pelapis yang berkaliber untuk masa hadapan.
Justeru menurut Bung yang juga Pengerusi BN Sabah, genera Masi muda perlu menggunakan hak yang mereka miliki dengan bijak matang dan berkesan .
“Ini merupakan satu tanggungjawab untuk anak muda, satu undi boleh mengubah masa depan negara jadi tunaikanlah tanggungjawab keluar mengundi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Sembilan sebelah anak-anak Borneo Sabah dan Sarawak yang berkerja di Johor di padang Taman Ungku Tun Aminah Skudai dekat sini pagi kemarin.
Untuk rekod daripada lebih 750,000 pengundi baharu dalam PRU Dewan Negeri Johor kali ini, kira-kira 30% atau 175,000 pengundi berumur antara 18 hingga 20 tahun.
Bung turut mengingatkan pengundi berumur 18 tahun sekalipun mereka memiliki kebebasan memilih namun mereka harus bijak membuat pilihan parti dan calon yang berwibawa membawa suara mereka untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil yang mengutamakan kebajikan rakyat,sekali gus membawa lebih banyak pembangunan, antaranya dalam sektor ekonomi dan pendidikan.
Dalam pada itu Timbalan Ketua Menteri Sabah ini menjelaskan BN pada PRN kali ini selain membuka ruang kepada golongan muda yang mewarnai sebahagian dari calon-calon BN yang bertanding dimana menurut beliau peluang ini sebagai pengiktaran kepada golongan ini agar Idea-idea generasi muda yang terbaru dan kontemporari boleh dikongsikan dengan kepimpinan negara dalam mencorakkan dasar-dasar negara yang lebih berkesan.
“Gabungan intelek muda dan pengalaman golongan tua ini sudah pastilah mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih baik” katanya.
Bung menambah dalam manifestso BN untuk PRN Johor yang bertemakan Ikhtiar BN Johor untuk kestabilan masa depan tidak kurang dari lima perkara untuk golongan muda diberikan perhatian iaitu pendidikan,kemahiran,pekerjaan ,perniagaan dan perumahan yang seharusnya menjadi asas untuk golongan ini menyokong BN pada PRN kali ini.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi Penyelaras pertandingan tersebut Jamawi Jaafar penganjuran kejohanan tersebut berjaya mengumpul anak-anak muda dari Sabah dan Sarawak yang berkerja di Johor dimana sekitar enam puluh lima peratus berdaftar sebagai pemilih sekitar Parlimen Johor Baharau,Tebrau Skudai dan Pasir Gudang.
” Kejohanan ini dapat mengumpul anak-anak muda Sabah termasuk Sarawak yang berada di sini kerana berkerja dimana selain untuk aktiviti riadah ini peluang kita menemuai mereka mendampingi mereka dan menyampaikan masej kebaikan yang dibawa oleh BN dalam PRN kali ini” katanya.
Seramai 38 pasukan menyertai kejohanan tersebut dan berjaya mengumpul lebih dari 450 orang anak-anak muda Sabah dan Sarawak yang berada di sekitar Johor.
Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir. Shahelmey Yahya,Adun Usukan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said, Bekas Adun Pitas Datuk Bolkiah Ismail dan Bekas Ketua Pemuda Labuan Dato Mohd Rafi Alli Hassan