UMNO Beaufort Hulur Sumbangan Pasca Banjir kepada Penduduk Kampung Kerukan Kuala Penyu

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KUALA PENYU: Umno bahagian Beaufort menyumbang beberapa keperluan berupa tilam bantal dan selimut untuk diagihkan kepada mangsa 52 orang ketua isi rumah yang terlibat dengan musibah banjir di kampung Kerukan dekat sini baru baru ini.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Setiausaha Umno bahagian Beaufort Abdul Rahman Mohd Taib yang mewakili Ketua Umno bahagian Datuk Awang Aslee Lakat yang kini berada di Johor bagi membantu jentera BN berkempan semasa Pilihanraya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Abdul Rahman sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan beban mangsa selepas pascabanjir yang berlaku di kampung tersebut bulan lepas dimana banyak harta benda penduduk gagal diselamatkan ekoran air yang mendadak naik ketika kejadian berlaku.

” Hari ini Umno bahagian tampil menghulurkan bantuan walaupun ianya hanya bantuan kecil namun kami berharap ianya dapat meringankan beban kepada mangsa-mangsa yang terlibat” katanya ketika ditemui selepas mengagih-agihkan sumbangan tersebut di beberapa buah rumah penduduk yang terjejas di kampung Kerukan dekat sini kemarin.

Sementara itu beberapa orang penduduk ketika ditemui turut mezahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Umno bahagian Beaufort yang cakna dan prihatinan dengan nasip mereka yang terjejas terok ketika musibah banjir kilat yang berlaku di kampung tersebut baru baru ini.

Seorang penduduk Abd Razak Jilun berkata melalui sumbangan tersebut ianya dapat meringankan beban penduduk khususnya kepada golongan yang kurang berkemampuan yang terlibat dengan musibah banjir yang berlaku.

Dalam perkembangan yang sama Abdul Rahman berkata Umno bahagian Beaufort juga terus melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan membantu menghulurkan bantuan bakul makanan kepada mereka yang menjalani kurantin kendiri di rumah ekoran jangkitan virus Covid-19 yang masih berleluasa di daerah itu.

” Setiap keluarga yang menjalani kurantin di rumah sebaik sahaja laporan kami terima bantuan bakul makanan akan segara di hulurkan bagi meringankan beban mangsa” katanya.

Dalam pada itu Abdul Rahman turut mengingatkan penduduk di daerah tersebut agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan selain mengutamakan aspek kebersihan dan mengelak berkumpul beramai-ramai.

” Pematuhan ini penting bagi mengekang penularan virus Covid-19 yang masih lagi berlaku ketika ini terutamanya di daerah ini” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles