Tindakan SESB sukarkan pengguna memohon secara sah, antara punca kecurian elektrik di Sandakan – Bersatu

KOTA KINABALU: Merujuk kepada kenyataan pihak SESB yang menganggarkan hampir RM 2 juta kecurian elektrik berlaku di Sandakan, ini berlaku sedikit sebanyak disebabkan kerenah birokrasi pihak SESB itu sendiri.

Advertisements

Banyak perkampungan yang di anggap diduduki oleh Pendatang Tanpa Izin (PTI) oleh pihak SESB adalah faktor utama yang menyebabkan kecurian elektrik berlaku. Apabila anggapan ini berlaku pihak SESB langsung tidak berminat untuk membekalkan bekalan elektrik ke perkampungan berkenaan.

Pihak SESB sendiri tidak kenampakkan pro aktif dalam menyelesaikan masalah elektrik di kebanyakkan perkampungan terutamanya di Parlimen Batu Sapi, walaupun masalah ini sudah berlanjutan hampir 30 tahun.

Mana mungkin kita boleh biarkan penduduk-penduduk kampung sentiasa bergelapan dan rutin harian terganggu di sebabkan bekalan elektrik yang tidak pernah disalurkan secara bermeter di kampung-kampung sekitar Batu Sapi.

Di fahamkan juga, ramai penduduk yang cuba untuk memohon secara sah, namun tidak dilayan dan pelbagai alasan diberikan oleh SESB. Ini adalah hasil daripada keluhan penduduk di kampung cenderamata itu sendiri. Hasil keluhan penduduk-penduduk kampung di Batu Sapi dan juga kos pemasangan yang tinggi menyumbang kepada kes kecurian elektrik. Kebanyakkan penduduk kampung di Batu Sapi tidak mampu untuk menanggung kos perbelanjaan seumpama itu.

Tidak dinafikan memang ada segelintir penduduk yang mengambil kesempatan, namun majoriti penduduk tidak mempunyai pilihan yang lain demi meneruskan kehidupan seharian.

Data ataupun bancian yang dilakukan kononnya kebanyakkan penduduk kampung yang tinggal di Batu Sapi adalah PTI, sama sekali tidak berasas.

Saya memohon supaya pihak SESB dapat bersama-sama dengan pihak kampung untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Isu kemanusiaan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya dalam perkara ini. Ini soal kehidupan masyarakat kampung.

Kenyataan Media

Khairul Firdaus Akbar Khan
*Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah/Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi

Related Articles

253FansLike

Latest Articles