Pesakit Kanser Dapat Perhatian PBS Tamparuli

TAMPARULI: Nasib seorang pesakit kanser, Kondirim Yangkang, dari Kampung Tiong Monggis, dekat sini, mendapat perhatian kepimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) N.14 Tamparuli.

Ketua Pergerakan Wanita PBS Tamparuli, yang juga Ketua Wanita PBS Pusat, Datin Malianah Ugau, mengetuai ziarah ke kediaman Kondirim, hari ini.

Beliau yang kini sedang terlantar di rumahnya, turut menerima sumbangan berupa bakul makanan dan sedikit wang tunai daripada kepimpinan parti tersebut.

Menurut Malianah, dalam kesibukan menjalankan pelbagai aktiviti, seharusnya golongan memerlukan seperti Kondirim tidak dilupakan.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban keluarga Kondirim, dan kita telah memaklumkan kepada pihak berwajib terutamanya Jabatan Kebajikan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli juga sudah maklum mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau turut menyampaikan salam Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Adun Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, yang sedang menjalankan tugasan rasmi beliau.

“Kita doakan semoga beliau (Kondirim) diberikan kesembuhan dan ketabahan keluarganya dalam menghadapi ujian ini,” ujar Malianah.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda PBS Tamparuli, Boe Sindolun, Ketua Anak Negeri (KAN) Tenghilan, Selvis Gambar, Ketua Penerangan Wanita PBS Bahagian Tamparuli  Lilianah Tangkis, Timbalan Ketua Pemuda PBS Bahagian, Rizkam Yabin, dan Naib 2 Pemuda PBS Bahagian  Milon James.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles