Oleh: Jaafar Abd Wahid
LABUAN: UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan melakukan beberapa pendekatan baharu bagi mendekati 5.8 juta golongan berusia 18 hingga 21 tahun yang berdaftar sebagai pengundi secara automatik bermula pertengahan disember tahun lepas.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, apa yang paling mustahak parti perlu mengetahui pemikiran, cita rasa serta kehendak mereka dan dalam masa yang sama parti itu juga perlu mendengar pandangan serta suara kumpulan pengundi tersebut.
“Kita perlu memberikan perhatian khusus untuk golongan ini (pengundi muda) kita tidak boleh membiarkan seolah-olah kita tidak mengambil apa-apa langkah dan pendekatan ini kerna bukan mudah memikat hati golongan ini kerana sebahagian besar daripada mereka tidak berminat dengan politik” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan UMNO bahagian Labuan dekat sini baru-baru ini.
Hadir sama Ketua Umno bahagian Labuan Senator Bashir Alias,Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin dan Ketua Puteri Umno Sabah Datuk Dr.Fadliah Sabri.
Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah golongan pengundi dalam usia tersebut sudah tentu ianya satu pengalaman baharu yang kebanyakanya remaja lepasan sekolah yang masih belum terdedah secara meluas mengenai konsep kenegaraan politik dan mengundi
” Sebagai pemimpin akar umbi pertama sekali kita perlu memberikan penerangan dan pendedahan awal secukupnya kepada pengundi pertama kali ini supaya mereka memahai serta mengetuhai pentingnya setiap undi dalam membina negara” katanya
Justeru menurut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, dasar-dasar sedia ada dalam parti dan pendekatan-pendekatan baharu kempen untuk golongan pengundi ini ,juga perlu berbeza dengan mengikut corak pemikiran mereka termasuklah penggunaan media sosial
” Kita tidak boleh guna cara lama atau lapuk kerana genarasi alpha dan beta ini cukup lain kerana oendedahan teknologi serta gaya hidup terkini yang mereka tempuhi selama ini” katanya
Bung berkata dalam lanskap politik hari ini perkembangan platfrom media sosial, budaya politik matang amat penting diterapkan kepada golongan pengundi pertama kali ini.
Menurut Bung lagi amanah untuk mendekati dan memikat hati golongan pengundi 18 tahun ini bukan semata- mata terletak di bahu pergerakan pemuda atau Puteri Umno namun ianya menjadi tanggungjawab semua pemimpin akar umbi.
” Walaupun kita melalui pendekatan baharu namun pendekatan turun padang perlu juga dilakukan oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri dengan mempelbagai program yang selari dengan minat golongan pengundi 18 bagi memenuhi aspirasi golongan ini” tambah Bung.
Bung turut melahirkan keyakinan, dengan pendekatan yang sesuai dan mesra kepada golongan pengundi 18 ini sudah tentu mereka akan terus memberikan sokongan terhadap apa juga dasar dan program kerajaan demi masa depan mereka agar lebih terjamin.