KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Kapayan menyokong penuh saranan calon Ahli Kongres Bandar Zamboanga Atty Wendell Sotto supaya kerajaan Filipina menghentikan tuntutan terhadap Sabah sebaliknya mewujudkan pusat atau kedutaan Filipina bagi menguruskan warganegara mereka yang mempunyai pelbagai masalah dokumentasi di negeri ini.
Ketua Bahagian STAR Kapayan, Jafery Jomion berkata, sepatutnya warga Filipina yang ada di negara ini atau pekerja luar negara Filipina menyokong dan mengundi
Atty Wendell sebagai ahli kongres yang baharu supaya segala rancangannya dapat dilaksanakan demi kebajikan warganya selain memberi manfaat kepada kedua-dua negara termasuk dari segi ekonomi.
“Selain itu, ini juga dapat menjaga hubungan baik antarabangsa seperti warga Indonesia yang berada di Sabah yang kurang masalah seperti jenayah dan sebagainya kerana mereka mempunyai wakil dari Konsulat Indonesia di sini.
“Mengikut rekod laporan di surat khabar yang sering kita baca dan dengar, kebanyakkan warga Filipina yang terlibat dengan kes jenayah dadah, rompak dan sebagai adalah individu yang tidak mempunyai dokumen berbanding warga mereka yang mempunyai dokumen kurang terlibat dengan sebarang kes jenayah kerana kedua-dua pihak kerajaan Filipina dan Malaysia mempunyai rekod keberadaan mereka sini selain mudah dipantau oleh majikan yang mengambil mereka bekerja, ” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar berhubung saranan Atty Wendell yang meminta kerajaan Filipina menghentikan tuntutan terhadap Sabah.
Jafery sebelum ini pernah meminta kerajaan Filipina untuk membantu 145Â warganya yang tidak mempunyai dokumen dan menjadi mangsa kebakaran di Kampung Mogoputi beberapa minggu lalu supaya pihak kerajaan Filipina tampil untuk membantu warganya sendiri.
“Kita sebagai peminpin party politik di Malaysia seharusnya berterima kasih dan menyokong penuh pendapat dan saranan Atty Wendell atas keberanian beliau untuk bersuara dengan kerajaan Filipina supaya masalah yang yang dihadapi oleh kedua-dua negara diselesaikan segera,” katanya.
Tambah beliau, walaupun cadangan Atty Wendell perlu kelulusan kerajaan Filipina dan mengambil masa yang agak lama namun untuk sementara waktu ini pihaknya sedia membantu menyediakan ruang pejabat secara percuma kepada Pegawai Kedutaan Filipina atau agensinya untuk datang membantu warganya yang mempunyai masalah pasport.
“Ini supaya dapat memudahkan warganya berurusan tanpa perlu pergi ke Pejabat Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur atau balik ke negara asal mereka atas sebab kewangan dan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat.
“Sehubungan itu, saya mewakili pihak Ahli JawatanKuasa Bahagian Kapayan ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Atty Wendell Satto semoga beliau berjaya menjadi sebagai ahli kongres yang baharu dan menjadi pemimpin pertama dari kerajaan Filipina yang pertama berani menghentikan tuntutan Filipina sebelum ini dan yang mencadangkan untuk mewujudkan Kedutaan Filipina Di Sabah, ” katanya.