JPKK diminta segera lengkapkan profil kampung

RANAU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diminta untuk segera melengkapkan profil kampung masing-masing.

Advertisements

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr. Joachim Gunsalam menyatakan ini semasa merasmikan Program Pemantapan Pemimpin Peringkat Kampung Mukim Melinsau, di sini, kelmarin.

Program berkenaan dianjurkan oleh Unit Pemimpin dan Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.36 Kundasang.

“Terdapat 85 buah kampung berdaftar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang yang mempunyai enam mukim. Mukim Melinsau merupakan mukim pertama melaksanakan program ini yang juga akan dilaksanakan di lima mukim yang seterusnya. Syabas di atas kemenjadian program ini,” kata Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian.

Tambahnya, profil kampung penting untuk mengenalpasti jumlah penduduk kampung, masalah-masalah kampung seperti air, elektrik, jalan kampung dan lain-lain.

Lebih 30 orang menyertai program ini yang terdiri daripada Ketua-ketua Kampung serta Pengerusi dan Setiausaha JPKK.

Antara kampung yang terlibat ialah
Kampung Kepuakan, Kg. Mokodou, Kg. Tanid, Kg. Sumbilingon, Kg. Linapasan, Kg. Nasakot, Kg. Wayan, Kg. Magkapoh, Kg. Tinaum dan Kg. Sinurai.

Dr. Joachim juga mengingatkan Pengerusi JPKK untuk membuat permohonan yang melibatkan pembangunan kampung di Pejabat Daerah dan UPPM Kundasang.

Agenda pentadbiran kampung, pembangunan kampung, serta pembayaran gaji JPKK dan Ketua Kampung turut dibincangkan di acara tersebut.

Hadir sama ialah Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Fabian Singgawan, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gumpoyo dan kakitangan UPPM Kundasang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles