Hubungan Harmoni, Kerjasama Pelbagai Kaum Kunci Kejayaan Negara – Jamawi

Tarikh: 31 Januari 2022

Oleh Jaafar Abdul Wahid

TENOM: Hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum adalah kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matalamatnya.

Bekas Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata,secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing ianya harus ditangani secara bijak dan berhemah

“ Di kebanyakan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi berkaitan isu agama, membawa peperangan yang berlarutan, sekali gus membantut pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik negara berkenaan” katanya ketika ditemui selepas menghadiri jampuan makan tenghari bersama Jawatan Gabungan Persatuan Komuniti Cina daerah tenom dan Ketua Ketua Masyarakat Cina Tenom Kemabong di sini kemarin.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi (SUDC) , perpaduan kaum adalah elemen penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk untuk menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.

“ Peristiwa 13 Mei 1969, banyak mengubah kehidupan rakyat negara ini. Walaupun sesetengah pihak menganggap ia satu titik hitam dalam sejarah, namun dari sudut lain peristiwa itu satu pengajaran yang amat besar kepada negara,untuk diambil iktibar “katanya

Dalam pada itu beliau menambah politik sepatutnya menyatukan sebagaimana yang menjadi amalan dan Budaya Barisan Nasional selama ini.

“pemimpin politik tidak kira agama dan bangsa, perlu menginsafi dan menyedari bahawa tanggungjawab memupuk kebersamaan ialah hak bersama, bukan melaga-laga serta mendorongkan perbezaan yang memecahka” katanya

Jamawi menambah , citra Malaysia selari dengan gagasan Keluarga Malaysia mesti jelas bahawa negara berdaulat ini memiliki kepelbagaian yang perlu diraikan berdasarkan Rukun Negara yang dipersetujui bersama.

“Malaysia Baharu sepatutnya membina teladan mengukuhkan aspirasi perlembagaan kita, bukan mengadaptasi liberalisasi mahu ekstremis untuk kepentingan sesetengah pihak” katanya

Related Articles

253FansLike

Latest Articles