MB Terengganu Lancar Majlis Pecah Tanah Projek PSN di Besut

BESUT:Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) Benting Lintang, Besut.

Advertisements

Majlis ini juga turut dihadiri Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal Pengerusi LKIM serta Ketua Pengarah LKIM, Tuan Yusoff bin Othman.

Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) di Benting Lintang, Besut ini melibatkan usahasama antara Kerajaan Negeri Terengganu dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Projek yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM 7.60 juta ini akan dilaksanakan di atas tanah kerajaan iaitu di Benting Lintang, Besut. Pelaksanaan projek ini dijangka akan bermula pada Januari 2022 dan dijangka akan siap menjelang Julai 2023.

Komposisi pembangunan adalah terdiri daripada 50 unit perumahan nelayan yang direkabentuk mengikut spesifikasi Rumah Darul Iman (RAHMAN) iaitu berkeluasan 800 kaki persegi merangkumi 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Selain itu, projek ini juga turut mempunyai beberapa kemudahan – kemudahan asas seperti gerai jualan, loji rawatan kumbaha, surau dan tadika.

Pengisian peserta untuk projek ini akan diutamakan kepada golongan nelayan di negeri Terengganu yang akan diselaraskan oleh LKIM.

MAFI melalui agensinya iaitu LKIM telah dan akan sentiasa memainkan peranan yang penting dan berkesan sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan dan memajukan perusahaan perikanan negara.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles