LKPIM Serah Sumbangan Mangsa Kebakaran

TAWAU: Kira-kira 67 keluarga mangsa kebakaran menerima sumbangan daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Perhubungan Sabah cawangan Tawau di sini semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusinya Datuk Hamisa Samat brrupa wang tunai.

Menurut Hamisa, biarpun sedikit sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka dan diharap dapat memberi semangat baharu kepada mangsa.
 
Beliau turut mengingatkan masyarakat yang mendiami perumahan yang rapat-rapat agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam penggunaan peralatan elektrik dan ketika memasak bagi mengelak berlakunya kejadian kebakaran.
 
Katanya, walaupun kebakaran adalah sebagai satu malapetaka yang tidak dapat dielak, namun sikap berwaspada dan berhati-hati pada setiap masyarakat membolehkan kejadian tidak berulang.
 
Beliau juga meminta masyarakat setempat agar berhati-hati menjaga aspek keselamatan terutama ketika musim panas yang boleh menyebabkan kebakaran mudah merebak dengan cepat.
 
“Di samping itu, kejadian seumpama ini perlu dijadikan iktibar kepada penduduk lain agar sentiasa mematuhi segala aspek keselamatan kediaman,” katanya

Sumbangan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Perhubungan Sabah Cawangan Tawau
( LKPIM) di empat buah kampung iaitu Kg. Otentik Tanjung Batu
Darat. Penerima 2 orang, Kg.Imam Jalilul Tanjung Batu Keramat (1), Kg. Muhibbah Raya (1) dan Kg. Buaya Batu 3 Apas (63 orang).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles