Adakah Kementerian Kesihatan Telah Buat Kajian, Penilaian Mendalam Sebelum Cadangan Agar Gugur Peraturan Imbas Suhu Dari Sop Covid-19 ? – Madius

KOTA KINABALU: Merujuk kepada kenyataan media Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam, 20 Januari 2022 bahawa Kementerian Kesihatan telah bersetuju untuk mengeluarkan penggunaan wajib pengimbas suhu daripada prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, wujud reaksi yang pelbagai dalam kalangan rakyat jelata, pakar-pakar kesihatan dan pihak penguatkuasaan dalam terlibat dalam usaha memerangi pandemik ini.

Advertisements

Ini kerana mekanisme pengimbas suhu bukan sahaja satu pendekatan baharu yang digunakan ketika pandemik Covid-19, tetapi sejak SARS mula muncul sebagai satu masalah kesihatan sejak lebih satu dekad lalu, sebagai langkah awal untuk mengesan keadaan kesihatan seseorang individu.

*Oleh itu, hampir setiap premis telah mengeluarkan belanja, yang secara kolektif melibatkan berjuta-juta ringgit, bagi tujuan imbasan suhu atas arahan pihak berkuasa sendiri sejak tahun 2020.*

Justeru itu, adakah Kementerian Kesihatan telah membuat satu kajian dan penilaian yang menyeluruh sebelum mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar menggugurkan kewajiban pengimbas suhu daripada SOP Covid-19.

Adakah langkah terbaharu Kementerian Kesihatan ini bermaksud imbasan suhu juga tidak akan digunakan sama sekali di lapangan terbang dan premis-premis utama tumpuan orang ramai.

Jika kajian dan penilaian mendalam telah dibuat, maka adalah wajar Kementerian Kesihatan mengumumkan kepada publik hasil kajian dan penilaian mereka.

Ini kerana kita tidak mahu orang ramai dan pemilik premis dibebankan dan kekal dikelirukan dengan SOP atau peraturan baharu kelak, terutama ketika impak penularan varian omicron dikatakan bakal membawa impak besar dalam waktu terdekat.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Presiden UPKO merangkap Ahli Parlimen Tuaran

Related Articles

253FansLike

Latest Articles