Tubuh jawatankuasa khas di setiap kampung untuk aju masalah rakyat

SANDAKAN: Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif menubuhkan jawatankuasa khas di setiap kampung di daerah ini sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di kampung berkenaan.

Advertisements

Presidennya, Datuk Fadli Fathullah berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu adalah sebagai permulaan proses menyelesaikan masalah di mana ia akan diajurkan terus kepada jabatan atau agensi berkaitan.

Katanya, inisiatif itu hasil daripada lawatan beliau ke daerah itu baru-baru ini.

“Hasil daripada lawatan ini, pihak kami mengambil inisiatif menubuhkan jawatankuasa khas di setiap kampung dan kami akan memulakan proses penyelesaian di kawasan-kawasan berkenaan.

“Kemudian ia diajukan kepada jabatan kerajaan dan agensi yang terlibat untuk mereka ambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu-isu rakyat di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lagi, lawatan itu yang ketiga dilakukan melalui program Jelajah Rakyat  2022 Zon Sandakan.

“Hasil daripada lawatan ini juga, beberapa masalah di beberapa kampung telah dikemukakan dan ini menunjukkan bahawa pemimpin di kawasan berkenaan tidak mengambil berat terbadap masalah rakyat.

“Menurut laporan yang kita terima ia adalah berkaitan masalah seperti tanah perkampungan, bekalan elektrik dan air serta pelbagai lagi masalah masalah rakyat yang tidak diselesaikan termasuklah pembentukan ekonomi rakyat di daerah ini,” katanya.

Sehubungan itu, Fadli menyeru pemimpin di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya lebih kerap turun padang untuk membantu selesaikan masalah rakyat di kawasan berkenaan.

“Saya juga mengharapkan sama ada ketua atau pemimpin memberikan kerjasama dengan turun pandang serta membantu menyelesaikan masalah rakyat.

“Jangan hanya tahu berkempen dan main politik sahaja sehingga mengabaikan masalah rakyat yang sudah bertahun tahun lamanya,” ujarnya.

Terdahulu, antara kampung yang dilawati termasuk Kampung Lupak Meluas, Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Bakau, Kampung Forest, Taman Mesra Batu 4 dan Kampung Bariawa.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles