Peneroka Diseru Usahakan Tanaman Lain Untuk Jana Ekonomi – Bung

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Advertisements

TAWAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menyeru golongan petani khususnya peneroka agar tidak bergantung dan fokus terhadap sesebuah jenis tanaman sahaja.

Usaha itu katanya, sebagai langkah persediaan bagi mereka sekiranya berdepan dengan kejatuhan harga produk satu-satu jenis tanaman.

“Kita sedia maklum harga buah sawit mengikut harga pasaran dan ada ketikanya harga buah sawit akan menjunam jatuh yang memberikan kesan kepada peneroka , justeru dengan adanya tanaman lain ianya boleh mengimbangi pendapatan seharian,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Dewan Masyarat Kampung Rancangan Apas Proper Batu 22 Balung Tawau dekat sini baru baru ini.

Sempana perasmian tersebut penduduk kampung bersetuju menamakan dewan tersebut sebagai Dewan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.
Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya jika penduduk ada tanah mereka perlu ada mix farming’ (pertanian pelbagai) dengan tidak berpegang pada satu jenis tanaman sahaja kerana bila jatuh harga tanaman tertentu merkea akan menghadapi masalah.

Tambanhya, golongan itu seharusnya memanfaatkan tanah pertanian mereka dengan hasil tanaman yang pelbagai.
” Banyak tanaman lain boleh kita usahakan antara durian musang king, nenas, avocado sayur-sayuran dan lain-lain dimana ianya mempunyai nilai permintaan dan pasaran yang baik dan mampu menjana ekonomi kita ” katanya,

Selain itu, Bung turut memperingatkan golongan petani agar tidak terlalu bergantung kepada tenaga kerja warga asing dan memupuk sikap disiplin yang tinggi dalam mengusahakan sektor itu.

Di majlis yang sama Bung yang juga Ketua Umno Sabah turut menerima borang kemasukan ahli Umno dari beberapa kumpulan dan individu setempat di kawasan tersebut.

Ketika mengalu-alukan kemasukan mereka Bung berkata Umno/Barisan Nasional semakin mendapat tempat di hati rakyat berdasarkan komitmen parti membantu rakyat dari dulu sehingga sekarang.

“Rakyat sudah tentu bijak menilai apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional/Umno ketika menerjui negara selain kestabilan politik teratur keadaan ekonomi negara juga terurus,” katanya.

Menurut beliau penerimaan semula rakyat terhadap perjuangan Barisan Nasional/Umno semakin pulih apabila beberapa siri PRK,dan PRN yang diadakan rakyat memilih Barisan Nasional/Umno yang membuktikan keyakinan mereka terhadap perjuangan BN/UMNO.

“Bagi mereka yang ingin kembali ke pengkuan Umno/BN kita mengamalkan sikap pintu terbuka asalkan mereka ikhlas dalam perjuangan,” jelas Bung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles