Usaha PPRS turun padang mendapat sambutan rakyat Sandakan

SANDAKAN: Rakyat Sandakan dilihat menyambut baik usaha yang dilakukan Pertubuhan Prihatin Rakyat Sabah (PPRS) yang sanggup turun padang dan mendengar sendiri keluhan serta masalah yang dihadapi rakyat di daerah ini.

Advertisements

Menurut Penasihat merangkap Ahli Kehormat PPRS Liu Vui Yin, usaha yang dilaksanakan pertubuhan itu dengan menyalurkan masalah yang dihadapi melalui platfom jelajah rakyat mendapat sambutan yang mengalakkan.

“Saya selaku penasihat pertubuhan ni merasa bangga di atas sambutan dan kerjasama rakyat di daerah ini yang mampu bersatu dalam memperjuangkan nasib rakyat Sandakan supaya terus terbela.

“Walaupun kita datang dari pelbagai bangsa dan agama namun tetap bersatu supaya rakyat menerima manfaat dan seterusnya isu-isu rakyat dapat diselesaikan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, usaha ini adalah salah satu inisiatif untuk menyokong kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Oleh itu, kami akan terus bertekad terus turun ke padang untuk mengambil tahu segala masalah rakyat dan seterusnya  membantu mereka daripada terus dibelenggu masalah yang tiada berkesudahan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles