Hajiji: RM164.12 juta untuk program pendidikan dan pembangunan agama tahun ini

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM164.12 juta bagi pelaksanaan program pembangunan pendidikan dan agama dalam Belanjawan Negeri tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, dana itu disalurkan kepada agensi kerajaan yang berkaitan, badan agama dan pendidikan, sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti modal insan serta menjamin kesejahteraan rakyat.
“Seljajar dengan semangat Keluarga Malaysia, peruntukan itu memberi manfaat kepada semua agama dan kaum di negeri ini,” katanya pada majlis penyampaian bantuan kewangan kepada sekolah vernakular dan mubaligh, gereja dan kuil bagi tahun 2021 serta penyerahan kepala singa sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022.
Teks ucapan beliau disampaikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Khamis.
Pada tahun ini, Hajiji berkata Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sejumlah RM47 juta, yang terbesar untuk badan agama bukan Islam serta untuk sekolah vernakular, mubaligh dan sekolah persendirian.
“Jumlah itu adalah yang terbesar pernah diluluskan oleh kerajaan Sabah dan ini mencerminkan keikhlasan kami untuk memastikan kebajikan semua kaum dan agama di Sabah akan terjaga,” katanya.
Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM1 juta untuk kepala singa yang akan diagihkan kepada pelbagai persatuan dan kumpulan tarian singa sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negeri.
“Penyampaian bantuan kewangan dan kepala singa jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk melaksanakan dasar yang adil dan saksama dalam semua aspek,” katanya.
Kerajaan Negeri menyedari kepentingan institusi pendidikan dan badan agama dalam melahirkan rakyat yang berilmu serta menyemai nilai-nilai murni dan positif yang mampu memacu pembangunan negeri”.
Hajiji berkata tahun lalu Kerajaan Negeri memperuntukkan RM43 juta untuk badan agama bukan Islam, vernakular, mubaligh dan sekolah persendirian di Sabah.
Menurutnya, dalam tempoh sama tahun lalu, Kerajaan Negeri turut meluluskan sejumlah RM24.99 juta untuk pembinaan dan pembaikan rumah ibadat bukan Islam di negeri ini.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles