Enam Kampung di Kota Marudu Terjejas Banjir

KOTA KINABALU: Enam kampung di Kota Marudu, bahagian pantai utara Sabah dilanda banjir susulan hujan lebat yang berlaku sejak awal pagi, Jumaat.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kota Marudu, kampung terbabit ialah Kampung Asin-Asin, Kampung Beliajung, Kampung Tingkalanon, Kampung Tongkungon, Kampung Taritipan dan Kampung Morion.

Paras air dii dua sungai di daerah itu naik dan berada pada paras waspada.

Menurut kenyataan itu, 73 mangsa daripada 17 keluarga dari Kampung Beliajung telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan Teritipan setakat 8 malam Jumaat,

Sekurang-kurangnya dua jalan terjejas akibat banjir itu dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan iaitu Jalan Langkon Pitas dan Jalan Tingkalanon, Kampung Marion.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles