Peter Anthony Dijangka Buat Pengumuman Penting Hari ini

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) yang juga bekas Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Peter Anthony dijangka membuat pengumuman penting mengenai hala tuju politiknya hari ini.

Advertisements

Peter yang juga ADUN Melalap sebelum ini dikatakan menjemput media hadir ke sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), 12.30 tengah hari ini.

Bagaimanapun, setakat ini, tidak ada pengesahan dari sumber yang sahih mengenai inti pati sidang media itu.

Ramai pemerhati politik meramalkan Peter mungkin akan mengumumkan keluar daripada Warisan dan seterusnya menubuhkan parti baharu.

Terdapat juga pemerhati yang menjangka beliau akan mengisytihar dirinya Adun bebas yang mesra dengan kerajaan.

Segala teka teki berhubung masa depan politiknya akan terjawab esok.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles