Kerajaan Disaran Cari Pendekatan Baharu Tangani Masalah Banjir- Bung

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

SHAH ALAM: Kerajaan perlu mencari pendekatan baharu bagi menangani isu banjir yang sering berlaku di negara ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata setuasi banjir yang kerap kali berlaku di negara ini bukanlah perkara biasa selain faktor perubahan iklim dunia, banjir juga berlaku kerana pembangunan tidak terancang,pengabaian aspek pemuliharaan alam sekitar dan kelemahan penyelanggaran sistem saliran yang tidak sempurna.

Menurut Menteri Kerja Raya Sabah itu beliau sering kali membangkitkan isu tersebut di dewan rakyat bahawa isu banjir bukanlah perkara baru tapi ia sudah menjadi satu ancaman kepada negara dan rakyat.

“Kerajaan perlu ada perancangan jangka pandek dan jangka panjang untuk menangani masalah banjir di negara ini, ianya tidak hanya bergantung dengan ” Ad’hock committee ” semata mata tapi jawatankuasa berkenaan perlu ada perancangan jangka masa panjang untuk menangani isu banjir,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan keperluan asas dari UMNO Sabah untuk mangsa-mangsa banjir di Taman Sri Muda Shah Alam dan kampung Labihan Dagan Banting di sini kemarin.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berpandangan dalam masa yang sama kerajaan perlu bertindak untuk melengkapkan ased-ased kelengkapan bantuan penyelamat dan anggota agar bila berlaku banjir luar biasanya ianya cepat digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Dalam pada itu Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO meminta sektor korprat dan badan badan NGO agar turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa buah daerah di Selangor yang terjejas terok dengan kejadian banjir yang berlaku minggu lepas.

Katanya bukan sahaja bantuan dalam bentuk kewangan yang diperlukan namun bantuan bantuan lain amat diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir ini termasuklah tenaga sukarelawan untuk membersihkan kekotoran dan sampah sarap di dalam rumah kesan dari banjir yang berlaku.

“Meskipun banjir mula surut namun sumbangan berterusan masih mereka perlukan kerana tugas pada fasa pasca banjir lebih mencabar berbanding keadaan semasa banjir , penduduk yang terjejas bukan sahaja perlukan bantuan tapi sokongan moral dan kita wajar buktikan semangat “Keluarga Malaysia membantu mereka,” katanya.

Tambah Bung UMNO sendiri diketuai oleh Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut padang membantu mangsa mangsa banjir selain bantuan keperluan asas dan kerja-kerja pembersihan yang digerakkan oleh Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles