BMU FC Juara Liga Santai 4 penjuru bola sepak tour of Kudat BMU

Juara  Liga Santai bola sepak tour of Kudat anjuran bersama BMU. Serta gambar pasukan yang bertanding.

Advertisements

KUDAT: Borneo Manchester United Football club (BMU) muncul juara Liga bolasepak santai 4 penjuru anjuran BMU.

Sebanyak empat pasukan dari daerah Kudat,Kota Kinabalu,Kota Marudu dan Kota Belud menyertai saingan bolasepak persahabatan itu yang diadakan di Kompleks Sukan Kudat pada Sabtu lalu.


Pasukan-pasukan itu ialah BMU FC , Nagates KBMU, Marudu red devils dan Matunggong MU FC.

Presiden BMU FC Ninewjo Newmond berkata program itu bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturrahim antara kalangan ahli BMU fc serta pasukan sahabat dari daerah Kudat  dan Kota Marudu.

Selain itu, beliau berkata program tersebut diharap dapat mencungkil dan mengasah bakat bagi mereka yang menyertainya.

Ketua Aktiviti Sebastian Abas Merc bersama pembantu  Sulaiman@Mamat yang bertungkus lumus mengatur program ini amat menghargai kehadiran semua ahli BMU fc dan penglibatan pasukan sahabat yang lain.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles