Pasukan HQ Juarai Kejohanan Badminton Berpasukan Bomba Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Pasukan Ibu Pejabat Bomba Sabah (Pasukan HQ) berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Peringkat Negeri anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di sini petang tadi.

Pasukan HQ yang merupakan pilihan pertama kejohanan sebelumnya berjaya ke perlawanan akhir selepas berjaya menewaskan Zon Tawau di saingan separuh akhir, sekali lagi menapati ramalan apabila menewaskan Zon Beaufort dengan catatan 3-2.

Perseorangan pertama pasukan HQ, Tian Sun
membakar semangat pasukan apabila menewaskan pemain Zon Beaufort Mohd Fikri Sudin 21-8, 21-11.

Percaturan pasukan HQ menyenaraikan gandingan
Badrie-Dunstan sebagai beregu pertama tidak menjadi selepas tewas 21-19, 21-12 kepada pemain Zon Beaufort Saflan Sapri-Helbie J.S.

Pasangan beregu kedua Pasukan HQ Magnel Tibin-Musran tidak mensia-sia peluang apabila menundukkan Jalis-Syahdennie 21-14, 21-13 untuk mata kedua untuk pasukan HQ.

Pemain perseorangan kedua pasukan HQ, Kenneth pula berjaya menewaskan Azahar 21-12, 21-16 untuk mata ketiga, sekali gus menjuarai kejohanan berkenaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles