Pelajar Lulusan STPM Perlu Bijak Memilih Kursus, Terokai Bidang Digital Paska Covid-19 – Salleh

KOTA KINABALU: Para pelajar, khususnya lulusan Sijil Tinggi Perselolahan Malaysia (STPM) perlu bijak membuat keputusan, yakin dan berani meneroka bidang pengajian yang berkaitan digital di institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta.

Advertisements

Ketika membuat seruan itu, anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pemilihan bidang yang sesuai penting di kala negara ini masih bergelut dengan masalah Pandemik Covid-19.

“Difahamkan ramai bakal siswazah kini “pening” untuk memilih jurusan yang bakal menjanjikan pekerjaan terutama dalam era Pandemik Covid-19 yang tidak pasti bila berakhir.

“Dalam hal ini, saya berpendapat antara jurusan yang boleh diterokai paska pandemik ialah Marketing Digital atau Pemasaran Secara Digital,” katanya.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Tingkatam 6, Kohort 8 2020 SMK Arshad di sini hari ini.

Turut hadir Pengetua SMK Arshad,
Yakup Nasip dan Yang Dipertua PIBG SMK Puan Hasrina Wati Datuk Golkhan.

Menurut Salleh, kebanyakan syarikat di negara ini sememangnya memerlukan graduan yang mahir mengendalikan digital.

“Misalnya marketing digital, digital writer dan digital video kerana semuanya memudahkan dan mengurangkan kos pengambilan kerja selain menyebarkan maklumat dengan cepat,” katanya,

Mengikut kajian, katanya antara punca utama kegagalan graduan mencari pekerjaan ialah pilihan bidang pengajian yang bukan menjadi keperluan utama pasaran kerja atau berlaku lambakan graduan dalam bidang berkenaan.

Oleh itu, Salleh berkata pemiliham bidang atau jurusan merupakan perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua pelajar, sebelum melanjutkan pengajian.

Beliau turut menekankan penguasaan ilmu-ilmu moden seperti  sains dan teknologi dalam kalangan rakyat, sekali gus dapat meningkat daya saing negara di peringkat global.

Menyedari akan kepentingan penguasaan  ilmu-ilmu tersebut di peringkat sekolah, Salleh berkata para pelajar merupakan antara golongan yang sangat diharapkan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles