Jumlah Kes Harian Covid-19 Di Sabah Menyusut

KOTA KINABALU: Jumlah kes Covid-19 di Sabah hari ini menyusut sebanyak 23 kes berbanding angka semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan baharu 351 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Masidi Manjun berkata daerah-daerah dalam kumpulan “Empat Serangkai” iaitu Kota Kinabalu (59), Tuaran (50), Kota Belud (41) dan Ranau (33) kembali menjadi penyumbang “top four” kepada jumlah kes harian di Sabah.

Katanya daerah Papar, Penampang, Keningau, Beaufort dan Tenom turut mencatat kes dua angka tetapi masih dibawah paras 30.

“Secara keseluruhan 22 daripada 27 daerah di Sabah hari ini mencatatkan kes di bawah paras 20 kes dengan 18 daripadanya mencatatkan kes satu angka sahaja.

“Tidak ada kes baharu di empat daerah, Kalabakan, Kunak, Semporna dan Tongod,” katqnya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Masidi berkata daripada 351 kes hari ini, 341 orang atau 97 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2 iaitu tidak bergejala atau hanya mengalami gejala ringan.

“Mereka tidak memerlukan rawatan dihospital. Seorang pesakit dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 serta dua orang lagi pesakit dalam Kategori 5,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles