Penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia di Ranau disambut baik

656

RANAU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menyambut baik penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Daerah Ranau.

Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang dimaklumkan bahawa satu taklimat telah diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi ‘Zoom’ untuk memberikan penerangan berkenaan penubuhan KKM Daerah Ranau.

Beliau berharap, program seumpama ini turut dilaksanakan di daerah-daerah lain kerana ia memberi manfaat kepada semua rakyat Sabah.

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Harun Maddasa.

Dalam taklimat tersebut, peserta telah dimaklumkan bahawa penubuhan KKM adalah untuk memperkasakan usaha pemasaran maklumat daripada Kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di peringkat akar umbi.

Penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia ini adalah untuk membantu memaju dan memperkasakan keupayaan dan daya saing komuniti setempat dalam bidang sosio-ekonomi sejajar dengan perkembangan ekonomi digital.

Terdapat sembilan kampung Komuniti Keluarga Malaysia di daerah RANAU iaitu, KKM Kg Nabutan, KKM Kg Libang
KKM Kg Gana-Gana, KKM Kg Kibbas, KKM Kg Waang, KKM Kg Toboh Lama, KKM Kg Sumbilingon, KKM Kg Tamalang dan KKM Kg Takutan.

Seramai 8 orang pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia yang dipilih oleh komuniti kampung masing-masing hadir semasa sesi taklimat tersebut.

Hadir sama semasa sesi taklimat tersebut ialah, Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Samsir; Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dounis Sany; wakil Pejabat UPPM DUN Karanaan, George Tham: PPM DUN Paginatan, Hisyamuddin Harun; dan Kenny Thomas, Pegawai Penerangan Ranau.