Iltizam politik Perlu Dalam Menangani Masalah PTI Di Sabah

KOTA KINABALU: Iltizam politik merupakan antara elemen penting yang perlu disertakan bagi menangani masalah pendatang tanpa izin (PTI) yang tidak berkesudahan di Sabah.

Advertisements

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Latif Ahmad berkata komitmen yang tinggi daripada semua pihak termasuk pemimpin politik, ketua-ketua masyarakat dan kaum adalah perlu dalam mencari persamaan dan kesepakatan bagi menyelesaikan isu itu.

Beliau berkata penyelesaian isu pengurusan warga asing di Sabah juga memerlukan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah melibatkan isu penyeragaman dokumen, kewarganegaaan dan rundingan dengan perwakilan asing terutama Filipina dan Indonesia.

Mengenai cadangan pertama Laporan Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah, Latif berkata pihak kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) pada 3 Disember 2014.

Bagi pelaksanaan cadangan kad pengenalan khas kepada pendatang tanpa izin, beliau berkata mesyuarat JKPWAS pada 12 Mei 2015 bersetuju pelaksanaan Pas Residen kepada pendatang asing di Sabah untuk mengelak risiko pemalsuan dokumen.

Bagaimanapun, katanya Pas Residen itu telah ditukar nama kepada Pas Residen Sementara Sabah (PRESS) pada tahun 2016.

Pada tahun 2019, PRESS telah ditukar nama kepada Pas Sementara Sabah (PSS) dengan matlamat menggabungkan semua pemegang kad IMM13 yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Kad Burung-Burung yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), katanya.

Bagaimanapun, Latif berkata pelaksanaan PSS ini telah dibatalkan pada 22 Januari 2020.

Latif berkata demikian ketika menjawab soal Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO) di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Madius ingin tahu tahap pelaksanaan setiap cadangan yang terkandung dalam Laporan RCI Mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah.

Latif berkata hasil libat urus dan penelitian oleh kerajaan negeri Sabah berhubung isu PTI akan dibincangkan semula dalam JKPWAS Teknikal yang akan datang sebelum dibentangkan dalam JKPWAS-Induk untuk pengesahan.

“Selepas itu, JKPWAS-Induk akan mencadangkan mekanisme penyelesaian isu pengurusan warga asing di Sabah untuk persekutuandan keputusan Sidang Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles