Tidak Semua Jalan Raya Rosak Yang Diviralkan Warga Net Menjadi Tanggungjawab JKR

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (berkata) sukar untuk mengelak presepsi masyarakat apabila timbul isu kerosakan jalanraya di negeri ini selalunya dikaitkan dengan Jabatan Kerja Raya.

Katanya dari segi nama jabatan sudah tentu tanggapan masyarakat umum bahawa segala kerosakan jalanraya di negeri ini menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh JKR

Bung menjelaskan tidak semua kerosakan jalanraya yang diviralkan oleh beberapa pihak di media cetak atau di media sosial merupakan jalanraya yang menjadi tanggungjawab JKR untuk memperbaikinya.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya umum perlu mengetahui terdapat tujuh kategori jalan raya di Sabah iaitu Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, Jalan Majlis-Majlis Daerah, Jalan Luar Bandar, Jalan Kampung, Jalan Kayu Balak dan Jalan Estate Kelapa Sawit.

“Kategori Jalan Kampung, Jalan Kayu Balak dan Jalan Estate Kelapa Sawit juga banyak mendatangkan masalah kerana jalan ini tidak berstatus dan terlalu sukar untuk diperbaiki ini kerana jalan seumpama ini tidak didaftarkan oleh pejabat daerah masing-masing kepada Kementerian Kerja Raya Sabah bagaimana pun ianya tetap mendapat perhatian umum untuk diviralkan di media sosial dan menyalahkan Jabatan dan Menteri yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya pada malam Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keluhan warga net berhubung isu keadaan jalan raya di pelbagai daerah di negeri ini yang dipaparkan di media sosial serta tular sejak beberapa hari lalu.

Bung berkata warga net tidak dapat dipersalahkan sepenuhnya kerana sebilangan dari mereka tidak memahami keadaan yang sebenarnya jalanraya yang rosak tersebut dibawah bidang kuasa JKR atau agensi kerajaan yang lain yang bertanggungjawab memperbaikinya.

“Kita memahami rasa ketidakpuasan pengguna jalanraya terlibat bagaimana pun sebelum memviralkanya ianya perlu di teliti terlebih dahulu isu yang dibangkitkan tanpa sebarang perasaan prajudis kepada kerajaan, jabatan atau pemimpin berkaitan,” katanya

Menurut Bung,jika kerosakan jalanraya yang diviralkan dimedia cetak atau media sosial sememangnya dalam tanggungjawab JKR , jabatan telah menyediakan Aplikasi Aduan kepada pengguna dan JKR akan mengambil tindakan segara untuk memperbaikinya atau jika jalanraya tersebut dalam tanggungjawab konsesi yang dilantik jabatan akan mengarahkan mereka untuk memperbaikinya segara ” jelas Bung.

Dalam perkembangan yang sama Bung berkata, empat kategori jalan iaitu Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, Jalan Majlis-Majlis Daerah dan Jalan Luar Bandar memang mendapat peruntukan sama ada dari kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan sumber-sumber lain namun ia tidak mencukupi.

“Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Luar Bandar dan kerajaan negeri Sabah mengeluarkan peruntukan untuk empat kategori jalan terbabit tetapi tidak mencukupi untuk dibelanjakan kepada semua jalan raya yang rosak atau yang memerlukan naik taraf kerana peruntukan terhad,” katanya.

Sehubungan itu, Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berharap orang ramai dapat memahami situasi yang dihadapi kerajaan dalam usaha menaik taraf jalan-jalan raya di negeri ini.

“Jadi kepada sesiapa yang tidak faham mengenai perkara ini diharap dapat maklum dengan keadaan yang berlaku.
“Selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam infrastruktur asas di negeri ini,saya telah berusaha dengan apa cara sekali pun untuk mendapatkan peruntukan bagi memperbaiki, menaik taraf dan memastikan jalan-jalan raya di Sabah dapat diurus dengan sebaik mungkin dan isu ini juga selalu saya bangkitkan semasa persidangn di Dewan Rakyat,

“Namun hasrat saya terbantut disebabkan faktor-faktor kewangan dan faktor lain.Saya harap dengan penjelasan ini semua pihak perlu memahami keadaan sebenarnya,” katanya.

Sebelum itu, dalam hantaran beliau di Facebook turut disertakan tangkapan layar keluhan warga net di Sabah yang memaparkan keadaan jalan raya di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles