Jahid Sumbang Tangki Air Untuk Beberapa Keluarga Kg Monggis

TAMPARULI: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Wakil Rakyat Tamparuli Datuk Jahid Jahim menyumbangkan sebuah tangki air untuk kegunaan beberapa keluarga di Kampung Monggis, hari ini.

Advertisements

Penyerahan sumbangan tersebut dibuat di Pondok Riadah Awam Tamparuli, senpena program Riadah Santai Menteri Bersama Pemimpin Masyarakat Tamparuli, dekat sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Monggis, Naim Dalansu, berkata, tangki tersebut merupakan kegunaan bagi menyimpan air kepada lebih kurang enam keluarga yang tinggal berhampiran.

Menurut Naim, sebelum ini, Jahid bersama beberapa pemimpin masyarakat Tenghilan, telah mengadakan lawatan ke Kampung Monggis dan melihat sendiri keadaan tangki rosak di kawasan berkenaan.

Justeru, peluang sempena lawatan tersebut diambil sebaik mungkin bagi membuat permohonan khusus kepada Jahid.

“Terima kasih atas keprihatinan beliau (Jahid) kepada penduduk di kampung kami, sesungguhnya bantuan ini akan memberi manfaat kepada ramai keluarga di sini nanti,” katanya.

Terdahulu, Jahid mengharapkan sumbangan berkenaan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin penduduk di kawasan tersebut.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tamparuli, Herman Tunggiging, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS), Datin Malianah Ugau, dan beberapa pemimpin masyarakat di kawasan Tamparuli.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles