Bung Mahu Pemain Sabah Kekalkan Momentum Hadapi Melaka Ahad ini

 

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU : Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mengingatkan pemain-pemain Sabah FC agar terus mengekalkan momentum setelah meraih kemenangan 1-0 ke atas Petaling Jaya City di Stadium Likas pada malam Selasa lepas.

Katanya jika momentum tersebut dikekalkan dan disuntik lagi dengan semangat serta iltizam yang tinggi dari para pemain Sabah FC tidak mustahil mereka akan mencipta kejayaan menantang Melaka United dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Likas malam ahad ini.

“Jika momentum semasa menantang (PJ- City) ini mereka kekalkan disuntik lagi dengan semangat juang tinggi tidak mustahil Sabah FC akan mencapai kemenangan menantang Melaka United dalam pusingan suka akhir Piala Malaysia Ahad ini,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan pelawanan antara Sabah FC dan (PJ-City) di Stadium Likas malam Selasa.

Hadir sama menyaksikan perlawanan tersebut Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin ,Timbalan Presiden SAFA Datuk Abdul Rahman Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif CEO) Sabah FC Khairul Firdaus dan Setiausaha Agung SAFA Datuk Dr.Jelani Hamdan

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri turut berpuas hati dengan persembahan para pemain Sabah FC ketika menantang (PJ-City) walau terpaksa bermain dalam keadaan padang basah dan berlumpur telah mengganggu rentak kedua-dua pasukan dalam cubaan untuk mengatur asakan apabila pergerakan Sabah dan PJ City sering tersekat-sekat.

Menurut Bung Walaupun tiada harapan diberikan di awal pertandingan, Sabah akhirnya mengatasi segala rintangan dan berhasil mara ke suku akhir selepas meraih lapan mata, tiga mata di depan PJ City serta berada 10 mata di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang turut mara ke peringkat suku akhir selaku juara Kumpulan D.

“Saya berharap pasukan Sabah FC akan menggunakan sebaik mungkin peluang bermain ditempat sendiri dan di hadapan penyokong menantang Melaka United pada malam ahad ini mencipta kejayaan untuk melangkah ke perlawanan seterusnya,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles