BMU FC Optimis Sabah Mampu ‘Jinakkan’ Melaka Dalam Saingan Piala Malaysia

 

KOTA KINABALU: Kelab Bola sepak BMU FC optimis pasukan Sabah FC yang menunjukkan prestasi baik kebelakangan ini mampu melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Advertisements

Presidennya Ninewjo Newmond berkata keyakinan itu dinilai berdasarkan corak permainan Sabah yang memberangsangkan terutama dua perlawanan terakhir di peringkat kumpulan.

“BMU FC gembira kerana tanpa diduga pasukan Sabah FC layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas prestasi hambar dalam saingan Liga Super.

“Kita berharap pemain-pemain Sabah akan berjuang habis-habisan untuk mengembalikan era kecemerlangan skuad badak seperti yang dicapai awal tahun 1990an,” katanya kepada Jesselton Times hari ini.

Ninewjo merayu penyokong-penyokong Sabah FC supaya datang beramai-ramai ke Stadium Likas Ahad ini bagi memberi sokongan kepada para pemain the Rhinos.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mencipta kejutan selepas berjaya mengalahkan Petaling Jaya City 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Likas dua hari lepas untuk muncul sebagai naib juara kumpulan.

Dengan kemenangan itu, Sabah mara ke suku akhir buat pertama kalinya dalam tempoh 10 tahun.

Sabah FC dijadual bertemu dengan Melaka United pada aksi suku akhir Piala Malaysia di Stadium Likas pada Ahad ini (14 Nov) dan kemudiannya di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput pada 18 Nov bagi aksi suku akhir kedua.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles