Jumlah Kes Harian Covid-19 di Sabah Teruskan Trend Penurunan – Masidi

 

KOTA KINABALU: Jumlah kes harian Covid-19  bagi negeri Sabah meneruskan trend penurunan dengan pengurangan 41 kes berbanding angka Ahad.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah kes baharu yang didaftarkan hari ini ialah 364.

“Peratusan kes-kes baharu yang diperolehi melalui saringan bergejala kekal tinggi pada tahap 38.2% daripada jumlah kes keseluruhan.

“Kes-kes kategori ini sering dikaitkan dengan kegagalan atau kealpaan mematuhi SOP khususnya semasa berkumpul atau berada di khalayak ramai. Ini terbukti melalui dapatan daripada punca kluster-kluster baharu yang muncul sekali sekala,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Masidi berharap agar seluruh masyarakat mengambil berat keperluan mematuhi semua SOP tatkala Sabah melangkah ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara

Related Articles

253FansLike

Latest Articles