Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM877 Bina Projek Lebuhraya Pan Borneo Zon Timur – PM Juta

 

KINABATANGAN: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sekitar RM877 juta bagi membina Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi Zon Timur.

Advertisements

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembinaan tersebut yang meliputi pakej 28,29 dan 30 merupakan sebahagian daripada keseluruhan jajaran merentasi Sandakan sehingga Telupid sejauh 58 km.

Beliau berkata skop pembinaan itu akan melibatkan kerja-kerja menaiktaraf daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala, pembinaan tiga jambatan baharu dan satu persimpangan bertingkat.

“Kerja-kerja pembangunan telahbermula pada bulan ini, dn dijangka siap pda 2024,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Zon Timur di Dataran Tamu Pekan Kota, Kinabatangan, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Bung Moktar Radin.

Ismail Sabri berkata laluan itu akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa, cekap dan selamat terutama kepada penduduk termasuk di sekitar daerah Beluran.

Beliau berkata laluan tersebut juga akan mempermudahkan urusan logistik dan pasaran hasil pertanian di daerah Telupid dan mampu merancakkan aktiviti pelancongan di sekitar daerah Sandakan.

Katanya kesalinghubungan jaringan pengangkutan yang baik secara tidak langsung akan meransang aktiviti sosioekonomi penduduk setempat, pewujudan pekerjaan baharu dan sekali gus mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah.

Ismail Sabri berkata projek tersebut merupakan satu komitmen kerajaan persekutuan dalam mewujudkan pembangunan yang mampan, seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

Jelasnya, ia selari dengan hasrat terkandung pada Teras Strategik Keenam di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 iaitu keterangkuman Wilayah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles