Perdana Menteri Tiba Di Sandakan Malam Ini Untuk Lawatan Kerja Dua Hari

 

SANDAKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Sandakan malam ini untuk melakukan lawatan kerja dua hari.

Advertisements

Lawatan tersebut merupakan lawatan pertama Ismail Sabri ke pantai timur Sabah selepas menyandang jawatan Perdana Menteri, Ogos lepas.

Beliau disambut Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Jafry Ariffin dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan.

Ismail Sabri yang menaiki pesawat khas tiba di Lapangan Terbang Sandakan sekitar pukul 7.30 malam.

Esok, Perdana Menteri dijadual melancarkan projek Lebuhraya Pan Borneo bagi pakej pantai timur Sabah di Kinabatangan.

Beliau dijangka pulang ke ibu negara pada sebelah petang.

 

 

Related Articles

253FansLike

Latest Articles