Joniston Turun Padang Lawat Pusat Eko-Pelancongan Kandaki Kiulu

 

TUARAN: Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai hari ini turun padang melawat beberapa pusat eko-pelancongan di kawasan Kiulu.

Advertisements

Antara yang dilawati ialah Kandaki Resort di Kampung Mantob yang terletak di kaki banjaran Crocker.

Joniston dan rombongan turut berkesempatan melawat fasiliti yang disediakan di sekitar Kandaki Resort.

Menurut pengusaha Kandaki Resort Tibin Gurin, pusat peranginan itu mula beroperasi secara kecil-kecilan empat tahun yang lalu.

“Pada mulanya, saya hanya usahakan Kandaki Resort ini untuk keluarga dan anak-anak berkumpul sambil bersuka ria di tepi sungai yang belum tercemar.

“Selepas setahun, atas dorongan anak-anak, saya telah bina dua “sulap” dan dewan terbuka untuk kemudahan pelancong atau pengunjung yang ingin menikmati suasana alam semula jadi yang belum berapa tercemar,” katanya.

Mengenai perancangan masa depan, Tibin berkata beliau bercadang membina beberapa lagi sulap (chalet) dan mempercantikkan lanskap tepi sungai.

Beliau juga berharap kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri dapat membantu mempromosi secara pakej beberapa pusat pelancongan yang beroperasi di DUN Kiulu termasuk Kandaki Resort.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles