UMNO Beaufort Beri Bayangan Letak Calon Pada PRU15

 

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

BEAUFORT : Demam pilihan raya negeri Melaka sudah mula dirasakan di seluruh negara.

Tempiasnya turut dirasakan di Sabah yang kini diperintah oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Semalam, Umno bahagian Beaufort membayangkan akan meletakkan calon dari parti itu pada pilihanraya umum ke-15 akan datang.

Ketuanya Datuk Awang Aslee Lakat berkata, tidak ada sebab bagi Umno tidak meletakkan calon pada PRU akan datang memandangkan kawasan itu sebelum ini dimenangi oleh Barisan Nasional yang diwakili oleh Umno.

“Hanya bila berlakunya rentas parti oleh Ahli Parlimennya tanpa persetujuan sepenuhnya dari ahli-ahli Umno bahagian itu, dengan mudah kawasan tersebut di beralih kepada parti lain tanpa persetujuan ahli-ahli di peringkat akar umbi,” katanya.

Awang Aslee berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat cawangan berkelompok bagi daerah mengundi Melabau.

Menurut Awang Aslee walaupun berlaku rentas parti ,Umno bahagian itu masih wujud dan tidak ada cawangan yang dibubarkan, ini melambangkan struktur Umno khususnya di bahagian itu masih kukuh.

Menurut beliau terdapat lebih 224 cawangan Umno masih berfungsi seperti biasa dan bersiap sedia bagi menghadapi PRU-15.

“Saya yakin ahli-ahli yang ada adalah mereka yang setia kepada perinsip perjuangan dan tidak ada sebab bagi kita melepaskan kawasan ini untuk diwakili oleh Umno pada PRU akan datang,” jelas Awang Aslee

Mengulas perjalanan mesyuarat cawangan-cawangan yang sedang berlangsung di bahagian itu, Awang Aslee berkata momentum dan sambutan ahli-ahli Umno masih ditahap yang tinggi, malah kehadiran mereka ke mesyuarat cawangan-cawangan begitu menggalakkan walaupun perlu mematuhi SOP yang ketat yang ditetapkan.

“Saya yakin semangat dan kesetiaan mereka kepada parti masih kukuh malah ada ahli-ahli baharu yang berminat menyertai perjuangan Umno” katanya.

Pada majlis tersebut, Awang Aslee turut menerima 49 ahli baharu Umno dari daerah mengundi Takuli.

Hadir sama di majlis tersebut Timbalan Ketua Umno yang juga Ketua wanita Umno bahagian Beaufort Datuk Hajjah Siti Aminah Hj Aching, Naib Ketua Umno bahagian Awang Damit Jion dan Ketua Penerangan Umno bahagian Abdullah Satar.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles