ESSCOM Tahan 15 PATI Warga Indonesia

 

TAWAU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah menahan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menerusi serbuan Op Cegah Pati (OCP) Daratan, di sini, malam tadi.

Advertisements

Kesemua mereka yang dipercayai menaiki bot dari Indonesia, telah mendarat dan ditemukan bersembunyi di sebuah rumah berhampiran Jalan Kuhara, Tawau di sini. Manakala seorang Warganegara Malaysia turut ditahan bersama-sama PATI tersebut.

Komander Eastern Command, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata pendatang haram terbabit terdiri daripada 11 lelaki dewasa, 3 wanita dan 2 kanak-kanak berumur antara satu hingga 58 tahun ditahan pada pukul 9.45 malam.

“Bertindak atas maklumat awam ESSCOM bersama pasukan keselamatan OCP Daratan terdiri daripada Rejimen ke-2 Askar Melayu Diraja Angkatan Tentera Malaysia, Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Pasukan Polis Marin, RELA dan anggota polis tugas am mengesan 16 individu dengan barang-barang peribadi, dan tanpa dokumen pengenalan diri dalam keadaan mencurigakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua pendatang tanpa izin berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63.

Ahmad Fuad berkata kejayaan berkenaan adalah hasil usaha dan kerjasama erat agensi keselamatan dan masyarakat setempat dalam menggagalkan taktik PATI menggunakan lorong tikus untuk memasuki negara ini secara haram.

Beliau berkata ESSCOM dengan kerjasama semua agensi keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) komited dalam menjalankan tugasan mengawal keselamatan sempadan negara bagi mengekang kemasukkan PATI ke Sabah dan sekaligus memutuskan rantaian wabak Covid19 melalui Op Cegah Pati secara berterusan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles