Kepimpinan akar umbi PBS diminta perkukuhkan pergerakan
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Dr. Joachim menerima kunjungan hormat dari Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Nabawan, di pejabatnya di Wisma Kewangan di sini, baru-baru ini.
Dr. Joachim yang juga Naib Presiden PBS menyambut baik kunjungan itu, yang diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian, Razali Angadi.
Perjumpaan itunbertujuan membincangkan hal-hal dalaman parti bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.
Katanya, kepimpinan peringkat akar umbi perlu kukuhkan pergerakan dalam parti.
“Kita perlu memperlihatkan kekuatan kita mulai daripada sekarang,” kata Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dalam kenyataan medianya.
Dr. Joachim juga menyeru kepada kepimpinan PBS Nabawan untuk mengenal pasti pengundi daripada sekarang, sebelum pilihanraya umum (PRU) akan datang.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Bahagian, Justin Talu; Ketua Penerangan, Tony Kailoh; Bendahari, AR Patrick Sigoh; serta ahli jawatankuasa (AJK) Alexander Adut dan Fatimah Sigoh.